http://www.myfzbiz.com/?x=ID_ANDA
Website akan diaktifkan selepas bayaran keAHLIan HPA dibuat.
Kelebihan Perniagaan HPA |
Modal permulaan RENDAH |
Pembelian Bulanan RENDAH |
Pelbagai Produk - Kesihatan dan Kegunaan Harian |
Cawangan dan stokis diseluruh negara |
Produk HALAL buatan Malaysia |
Produk MURAH dan MUDAH dipasarkan |
Kenapa perlu sertai Team HPA MYFZBIZ? |
Kaedah internet untuk kembangkan rangkaian |
Laman web peribadi Percuma untuk anda promosikan |
Komunikasi menggunakan internet : YM,Email,Borang Online |
Dibantu oleh upline dan stokis berpengalaman |
Bantuan bahan Promosi tersedia |
E-Book Percuma sebagai motivasi |
Perisian Percuma sebagai bahan promosi |
Sunday, July 5, 2009
Produk-Produk HPA
Teh Herba Pegaga ini dihasilkan dari Pegaga yang mengandungi bahan aktif berpotensi untuk merencatkan kesan radang yang disebabkan oleh radiasi. Pegaga merupakan herba terbaik untuk meningkatkan kesihatan sistem saraf.
Kegunaan
- detoksifikasi
- buang panas / demam
- merendahkan kolesterol
- luka-luka
- menstabilkan tekanan darah
- kecantikan kulit
Harga:
SM : RM 20 / RM 16
SS : RM 22 / RM 18
Produk ini menggunakan herba pegaga (Hydrocotyle Asiatica). Herba yang mempunyai ciri pahit ini mengandungi antioksidan (sejenis ester gluko peiranosil) yang amat baik untuk merawat luka luar (kulit) dan luka dalam (radang usus dan pendarahan otak). Teh Herba juga mujarab untuk radang tengkorok, batuk, radang usus.
Kelebihan Teh Herba:-
1. Mengatasi penyakit kencing manis dan darah tinggi.
2. Mengurangi kadar lemak setelah mengambil secara berterusan selama 2 minggu. Badan akan terasa ringan dan segar.
3. Mengatasi masalah sembelit dan angin.
4. Melancarkan pembuangan air besar dan membantu mengeluarkan toksid akibat sembelit.
5. Menurunkan kadar asid urik yang berlebihan akibat penyakit kulit.
6. Menghilangkan sakit kepala akibat migrain.
7. Menghaluskan kulit dan mengatasi masalah penyakit kulit
8. Menguatkan imunisasi bagi mencegah penyakit.
9. Menguatkan sel otak dan baik untuk minda.
10. Sangat baik untuk wanita yang mengandung dan setelah melahirkan anak.
11. Mengatasi maslah kencing manis dengan menurunkan kadar glukosa dan menyembuhkan gengren.
12. Mencegah masalah kardiovaskular.
13. Baik untuk wanita yang menopouse dan osteoporosis.
Komposisi (35 uncang per kotak) :
Hydrocotyle Asiatica
Dos :
Minum sekurang-kurang 1 uncang setiap hari dan masukkan ke dalam air panas (60 darjah celcius). 1 uncang boleh menghasilkan 3 gelas. Jangan gunakan air mendidih kerana ini akan memusnahkan klorofil. Amat berkhasiat jika dicampur dengan Madu Asli.
Harga:
Semenanjung Malaysia: RM 20 / RM 16
Sabah & Sarawak: RM 22 / RM 20
Nilai Mata (NM): 7
Nama saintifiknya ialah Quercus infectoria dan kebanyakannya di import daripada India. Ia mempunyai sifat astringen, antiseptik dan hemostatik. Kandungan pirogalotonin didalam manjakani telah dijadikan sebagai ubat keputihan, peradangan sendi dan untuk melangsingkan tubuh.
Teh manjakani mempunyai kelebihan yang sangat unit kerana ia baik sekali digunakan untuk wanita bagi keputihan dan mengecutkan peranakan dan tidak memberi kesan negatif jika diambil oleh wanita belum berkahwin.
Kegunaan umum untuk lelaki dan wanita ialah bagi rawatan peradangan sendi, senguh, sakit atau kelebihan asid urid. Kesan jangka panjang yang akan dapat dilihat teh manjakani digunakan untuk melangsingkan tubuh. Ini dapat dilihat setelah 1bulan mengamalkannya. InsyaAllah.
Harga:
SM: RM 22 / Rm 18
SS : RM 26 / RM 22
Nilai Mata (NM): 6
Teh Asiatica menggunakan 2 jenis spesis pegaga yang berfungsi sebagai pembakar lemak khusus kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan. Kelebihannya adalah seperti berikut :
- Menurunkan kadar kolesterol dan menghancurkan lemak dalam badan serta mampu menormalkan tekanan darah.
- Mengatasi sembelit dan membuang toksin dalam badan.
- Memecahkan batu karang jika diminum bersama Malac dan Madu Asli.
- Mengatasi masalah penyakit kulit sperti kurap, gatal, kutu air, gangren-sapu dengan hampas teh.
- Mengatasi masalah perut kembung bagi kanak-kanak-ambil bersama madu asli.
- Meningkatkan kecergasan dan kecerdasan.
- Mengatasi buasir / migrain / peradangan sendi / gout
HARGA :
SM : RM 20 / RM 16
SS : RM 22 / RM 18
TEA TREE OIL CREAM
Krim Rambut Serbaguna ini adalah produk yang dihasilkan dari minyak pokok Tea Tree (Melaleuca alternifolia). Pokok ini terdapat banyak di Australia dan telah digunakan sejak beribu-ribu tahun dahulu sebagai agen anti-biotik tradisional. Walaubagaimanapun, keberkesanannya hanya dapat dibuktikan pada tahun 90an dan seterusnya terkenal hingga kini.
Berbeza dengan antibiotik konvensional, ia bersifat alami dan selamat. Ia membunuh dan mencegah percambahan mikrob sambil melindungi kulit dengan lembut. Bertindak merawat dan merapikan rambut. Sesuai untuk seisi keluarga.
Kegunaan lain:
1. Luka-luka kecil
2. Menghilangkan jeragat
3. Jangkitan fungi
4. Kulat air
5. Bisul
6. Kaki berbau
7. Herpes
8. Gigitan serangga
9. Ruam
10. Kudis buta
11. Ketuat atau kutil
12. Gatal-gatal
Berat bersih: 120 gram
Harga :
SM: RM 13 / RM 10
SS : RM 15 / RM 13
Nilai Mata (NM):3
Posted by cikgulina
SPIRUMADU adalah kombinasi Spirulina (Arthrospira platensis) dan Madu Lebah. Produk ini mengandungi Vitamin Semulajadi, Mineral dan Asid Amino yang tinggi. Berdasarkan satu kajian, anti-oksidan dari beta karoten yang terdapat didalamnya bertindak menghalang atau mencegah tumor. Ketinggian kadar klorofil serta khasiat Madu Lebah membuatkan produk ini amat berpotensi membina, membantu dan meningkatkan tahap kesihatan tubuh manusia.
Antara khasiat SPIRULINA
• Mengandungi mucopolisakarida yang membantu sistem penghadaman.
• Protein yang tinggi (60%-70% / 44-74 gms)
• Anti-oksidan dari beta karoten yang bertindak menghalang dan mencegah tumor dan kanser.
• Vitamin B-12, C, D, E dan Zat Besi yang amat diperlukan untuk menguatkan sistem imuniti.
• Membantu mengaktifkan hematopoesis bagi membina hormon erythropoetin – EPO dalam sel darah.
• Menurunkan kadar kolestrol, tryglyceride dan LDL bagi menghalang tekanan darah tinggi.
• Klorofil yang kaya didalamnya, dapat menyingkirkan logam berat dalam buah pinggang, kesan dari pengambilan ubatan moden (Pharmaceutical Drugs).
• Fikosianin iaitu pigmen biru (hanya pada Spirulina) berfungsi membina imuniti tubuh.
Antara Khasiat MADU LEBAH
Vitamin A
• Berasal dari Karoten, berkhasiat untuk mata, sel-sel tubuh, selaput lendir, pertumbuhan kanak-kanak, tenaga fizikal, imuniti tubuh, kesihatan gigi dan lain-lain.
Vitamin B
• Berperanan mengatur metabolisme (metbo) badan yang sangat diperlukan bagi kehidupan dan kesihatan manusia. B5-untuk kesihatan otak (mental-ingatan).
Vitamin C
• Madu kaya dengan vitamin ini, ia melebihi daripada makanan-makanan lain. Ia berfungsi sebagai agen daya tahan tubuh, sistem saraf, epilepsy, penggerak metabolisme badan dan lain-lain.
Vitamin D
• Membantu tubuh menyerap kalsium dan fosforus dan memanfaatkan kedua-duanya untuk tulang dan gigi. Kanak-kanak amat memerlukannya.
Vitamin E
• Ia mengaktifkan fungsi vitamin A, menguatkan struktur jantung, tumbesaran kanak-kanak, menyuburkan peranakan wanita, mengaktifkan daya seks lelaki dan wanita, menyihatkan kulit dan rambut dan awet muda.
Vitamin K
• Berfungsi melancarkan perjalanan darah (elakkan pembekuan), penyakit darah tinggi, migrain, kanser darah, mencegah batuk, bengkak-bengkak sendi dan aktif bergabung dengan enzim-enzim bagi menghasilkan tindakbalas (sistem pencernaan).
Berkesan untuk :
• Ulser perut
• Gastrik
• Masalah hati
• Ekzema
• Buasir
• Athma
• Hipertensi
• Anemia (kurang darah)
• Sembelit
• Nafas dan badan berbau
• Gusi berdarah
• Jangkitan kuman
• Anti tumor dan kanser
• Penjana tenaga segera
Harga Pengguna
SM: RM 55 / RM 45
SS: RM 60 / RM 55
Nilai Mata (NM): 15
D’Deu (dulu dikenali sebagai D’Heat). Tubuh mempunyai kemampuan tersendiri dalam mengawal suhu badan. Namun apabila mekanisma tubuh rosak, maka tubuh akan mengalami suhu di paras yang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Ini akan mengakibatkan berlakunya gangguan kepada sistem saraf dan hormon yang tidak stabil. Tanda-tandanya ialah muka dan lidah seseorang itu menjadi pucat akibat meningkatnya suhu. Ini akan menyebabkan gangguan emosi seseorang.
Roselle Hibiscus Sabdariffa dalam D’Due mempunyai lebih 20 kali ganda Vitamin C yang terdapat dalam limau. Ia disinergikan dengan herba pilihan yang mempunyai kesan diuretik (memperbanyakkan pengeluaran air kencing) dan antipiretik (membuang kepanasan). Apabila mengamalkan D’Deu dalam tempoh waktu 10 minit, akan berlaku keadaan seseorang itu terasa hendak membuang air kecil. Vitamin C iaitu sejenis anti oksidan yang larut dalam air yang berlebihan akan dikeluarkan melalui urin.
Kekurangan Vitamin C seseorang adalah disebabkan oleh apa yang dikatakan ‘mal absorbtion’ di mana proses serapan tidak dapat dilakukan tanpa adanya mineral. D’Deu diperkuatkan dengan mineral organik yang telah dicernakan dalam sistem pencerrnaan tumbuhan. Ini bererti Vitamin C akan diserap keseluruhannya apabila mengamalkan D’Deu. Ini akan dapat dirasakan dalam tempoh 7 hari. Pengguna akan merasakan tubuhnya kembali bertenaga.
Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Tetra Indica
2. Bamboo
3. Imperata Cylindrica
4. Ficus Callircarpa
5. Ipomea Reptans
6. Roselle Hibiscus Sabdariffa
Dos :
Pengambilan bergantung kepada berat badan. Untuk berat badan dibawah 40 kg (1-2 kapsul) sehari. Untuk berat badan 40 kg ke atas (2-4 kapsul) sehari. Amalkan sebelum makan (perut kosong), jika menghadapi masalah perut seperti gastrik, ulser, dan lain-lain, maka ambillah sesudah makan.
Harga :
SM : RM 75 / RM 55
SS : RM 85 / RM 65
Nilai Mata (NM): 25
Diadun bersama tepung gandum, lelemak sayuran, gula, marjerin dan tepung jagung. Radix Cookies seberat 210 gram ini dibungkus dan di dalamnya terdapat dua keping dalam setiap balutan amat sesuai dibawa ke mana jua terutama bagi perjalanan jauh tanpa perlu risau ia mudah rosak atau tercemar. Sangat sesuai bagi seisi keluarga dan boleh dimakan bersama Kopi Radix.
Biskut Radix ini diadun bersama tujuh jenis herba seperti yang terdapat di dalam Kopi Radix iaitu Tongkat Ali, Teja Lawang, Tebu Gajah, Mata Pelanduk, Mengkudu Hutan, Larak Hutan dan Halban. Ia menjadikan Biskut Radix bukan sekadar biskut biasa untuk mengalas perut, tetapi turut menjaga kesihatan.
Sinergikan Radix Cookies dengan Kopi Radix, ia akan memberikan kesan berikut:
- Makanan terbaik bagi orang yang sihat
- Makanan pilihan bagi orang yang sakit
- Baik untuk pesakit yang baru selesai menjalani pembedahan
- Kecergasan untuk anak-anak dan menguatkan otot
- Pemberi tenaga segera
- Baik untuk ibu lepas bersalin
Harga :
SM: RM 5.50 / RM 4.50
SS : RM 6.50 / RM 5.50
Wednesday, July 1, 2009
Pembukaan RFC di Laguna, Kedah
Alhamdulillah. 29hb Jun 2009: Pada jam 9.30 Pagi ini telah berlangsung majlis pembukaan RFC bandar Laguna. Majlis yang disempurnakan oleh Tuan Pengarah Urusan, Tuan Haji Ismail bin Ahmad dan Pengurus Radix Fried Chicken Sdn Bhd, Ust Ahmad Adnan bin Fadhil yang juga AGM Pentadbiran HPA, telah dihadiri oleh semua kakitangan anak-anak syarikat HPA Industries di Sungai Petani. Sebelum itu bacaan Al-Maksurat telah dibuat.
Dalam ucapannya, Tuan Pengarah Urusan telah mengingatkan kepada semua kakitangan terutamanya yang terlibat dalam pengurusan restoren supaya menjaga akhlak, mementingkan kebersihan dan sentiasa memberi layanan yang paling istimewa kepada para pelanggan. Majlis diteruskan dengan solat Dzuha untuk memohon keberkatan rezki kepada perniagaan ini.
RFC Laguna mula beroperasi hari ini 29 Jun dan cawangan ini merupakan yang paling lengkap berbanding dengan 2 cawangan RFC di Lagenda Height dan Alor Setar. RFC Laguna juga menyediakan perkhidmatan 'drive-thru' atau pandu lalu untuk kemudahan pelanggan yang kesuntukan masa atau ingin menikmati hidangan RFC bersama keluarga di rumah.